Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELANCARAN KEMPEN BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Pada hari ini dalam tahun 2005, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Kempen lima tahun ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bagi memupuk dan menghayati budi bahasa dan nilai murni dikalangan semua lapisan masyarakat. Dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri menegaskan bahawa kejayaan yang dicapai oleh negara akan  hanya dapat dikekalkan jika masyarakat mempunyai budi pekerti dan nilai-nilai murni yang tinggi. Menurutnya lagi, Negara bukan sahaja memerlukan rakyat yang berkemahiran tinggi tetapi juga perlu mempunyai budi pekerti dan nilai-nilai murni dalam usaha menjaga ketamadunan yang diwarisinya.  Sesungguhnya melalui Kempen ini, kerajaan mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai semangat perpaduan, toleransi, dan cintakan negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768