Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELANCARAN MAJLIS KECERGASAN KEBANGSAAN

Pada hari ini dalam tahun 2004, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan Majlis Kecergasan Kebangsaan (MKK) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujuan utama penubuhan MKK ini adalah untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengikuti pelbagai program sukan berbentuk kecergasan, kesihatan dan perpaduan secara lebih tersusun dan sistematik sepanjang tahun.   Menurut Perdana Menteri, rakyat Malaysia perlu mengamalkan pemakanan yang sihat serta menjaga persekitaran sebagai asas kepada kesihatan, kesempurnaan serta kehidupan yang bahagia.  Tambahnya, rakyat yang cergas dan sihat akan membawa banyak manfaat terhadap diri mereka sendiri dan negara. Majlis Kecergasan Kebangsaan ini diharap dapat menghidupkan semula budaya cintakan sukan dikalangan masyarakat Malaysia demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat negara ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768