Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELANCARAN MINGGU PERMAINAN TRADISIONAL SEMPENA MALAYSIA FESTIVAL 1988 (Fest`88)

Pada hari ini dalam tahun 1988, Y.B. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato' Sabbaruddin Chik telah melancarkan “Minggu Permainan Tradisional” sempena sambutan Malaysia Fest `88. Didalam ucapannya di majlis pelancaran itu, beliau menjelaskan bahawa kerajaan akan sentiasa menyokong usaha-usaha yang bertujuan untuk mengekalkan warisan budaya di samping menambahkan produk industri pelancongan negara. Pelancaran “Minggu Permainan Tradisional” merupakan kaedah promosi pelancongan yang berkesan untuk mendedahkan pengalaman baru kepada para pelancong dengan keunikan permainan tradisional di negara ini seterusnya menjadikan sektor pelancongan sebagai antara agenda penting dalam menambahkan pendapatan rakyat dan negara.

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768