Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

16
Jan
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pelancaran Pengeluaran Setem Pos Kenang-Kenangan Bagi Memperingati Allahyarham Tun Abdul Razak

Pada hari ini dalam tahun 1977 bersempena dengan hari ulang tahun pertama kembalinya Allahyarham Tun Haji Abdul Razak ke Rahmatullah, Menteri Perhubungan, YB Tan Sri V.Manickavasagam telah melancarkan setem pos kenang-kenangan bagi memperingati Allahyarham Tun Abdul Razak di Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur. Semasa pelancaran tersebut cenderamata berupa sampul-sampul surat kenangan dan setem-setem pos kenangan yang memperlihatkan peranan dan kerjaya utama yang dimainkan oleh Allahyarham telah disampaikan oleh Tan Sri V.Manickavasagam kepada Tun Hajjah Rahah dan keluarganya. Allahyarham telah melibatkan diri dalam bidang politik sejak menuntut di London, Pada tahun 1950 Allahyarham telah memasuki UMNO dan menjadi Ketua Pemuda. Selepas merdeka Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj pada tahun 1970. Seluruh kehidupan Allahyarham dicurahkan untuk berbakti kepada bangsa dan negara. Jasa baktinya kepada negara dan masyarakat meliputi setiap bidang seperti pembangunan ekonomi, sosial, sukan dan perhubungan luar negeri meninggal kesan yang mendalam. Asas-asas pentadbiran yang disediakan oleh Allahyarham telah membawa negara ke arah pembangunan yang pesat.  Justeru itu Allahyarham telah diberikan gelaran Bapa Pembangunan Negara.  Sesungguhnya nama Allahyarham akan sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah negara.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768