Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELANCARAN PERBADANAN KEMAJUAN JENGKA

Pada hari ini dalam tahun 1970, YAB Perdana Menteri, Tun Abdul Razak b. Dato’ Hussein telah melancarkan Perbadanan Kemajuan Jengka di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan. Hadir sama dalam majlis ini ialah Menteri Penerangan dan Kebudayaan, Dato’ Hamzah Abu Samah,  Menteri dengan Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Ghazali Shafie dan  Menteri Besar Pahang, Tan Sri Hj. Yahya bin Mohd Sah. Penubuhan perbadanan ini bertujuan untuk mempercepatkan proses pembukaan Tanah Jengka seluas 160,000 ekar disamping menyelaras semua kegiatan pembangunannya. Perbadanan Kemajuan Jengka ini bertanggung jawab untuk merancang, melaksana dan mengawasi kerja-kerja pembangunan Rancangan Pembukaan Tanah di Jengka yang dikelolakan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP). Perbadanan ini juga turut diberi kuasa undang-undang yang luas dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab tersebut.  Pelancaran Perbadanan Kemajuan Jengka ini menjadi titik tolak kepada pembangunan Segitiga Jengka yang merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768