Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pelancaran Program `Bersih Dan Segar' Di Bandar Melaka

Pada hari ini dalam tahun 1988, kerajaan Melaka di bawah portfolio Alam Sekitar Perumahan dan Kerajaan Tempatannya telah mengambil satu lagi langkah ke arah menjadikan Melaka negeri yang indah, iaitu dengan memulakan satu program yang dipanggil `Bersih dan Segar'.  Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menjadikan bersih dan segar sebagai budaya hidup rakyat negeri ini di samping ingin menjadikan Melaka sebagai bandar terbersih di Malaysia. Bagi menjayakan program ini, sebuah jawatankuasa pengelola yang dianggotai oleh wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan sosial, sukarela dan kebajikan telah bergabung tenaga bagi menjayakan kempen ini. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Program menyatakan, sebanyak $150,000 telah diperuntukan bagi tujuan tersebut. Ini termasuklah pembinaan siar kaki, pembersihan dan pengindahan Sungai Melaka, menanam pokok-pokok di sekitar bandar Melaka, serta menjalankan kempen-kempen kesedaran khasnya kepada penduduk negeri Melaka. Menurutnya lagi kejayaan sepenuhnya program ini adalah terletak di tangan rakyat kerana tanpa sokongan dan kesedaran mereka, kempen ini tidak akan dapat mencapai matlamat sepenuhnya. Kempen seumpama ini sewajarnya diberikan perhatian memandangkan manfaat yang didapati bukan sahaja kepada penduduk tempatan malah dapat meningkatkan lagi industri pelancongan negara serta menambahkan juga pendapatan negara. 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768