Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
May
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELANCARAN PROGRAM KAMPUNGKU

Pada hari ini dalam tahun 1991,  YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad telah merasmikan Program Kampungku Peringkat Negeri Sembilan di Kampung Jimah Baru, Negeri Sembilan. Program ini dirangka bertujuan untuk membangun dan memajukan kawasan kampung selaras dengan wawasan 2020. Perdana Menteri menyatakan, kerajaan akan membantu penduduk kampung khususnya meningkatkan taraf ekonomi dan mewujudkan undang-undang bagi penyusunan semula kampung. Menurutnya lagi, kesungguhan rakyat adalah penting bagi membangunkan sesebuah kampung dengan lebih tersusun dan kemas sebagai asas mewujudkan sebuah bandar yang selesa untuk penduduk. Sesungguhnya program ini diharap dapat memajukan kampung yang terbiar dan terpinggir dari arus pembangunan Negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768