Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELANCARAN PROJEK PERTANIAN MODEN DAN PUSAT TERNAKAN HAIWAN PADANG HIJAU

Pada hari ini dalam tahun 2004, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan Pelancaran Projek Pertanian Moden Dan Pusat Ternakan Haiwan Padang Hijau di Kluang, Johor.  Projek ini membabitkan kawasan seluas 3,330 hektar meliputi Pusat Ternakan Haiwan Hijau, Institut Haiwan dan Pusat Ternakan Haiwan Ayer Hitam serta Institut Pertanian Ayer Hitam. Projek ini akan menggunakan teknologi terkini, pengurusan professional serta amalan pertanian baik yang akan dijalankan di kawasan ternakan haiwan, tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, herba serta ternakan air, rekreasi dan pelancongan. Menurut Perdana Menteri, sektor pertanian menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan luar bandar dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. Dengan adanya projek pertanian ini dapat membuktikan bahawa sektor pertanian juga berpotensi meningkatkan taraf ekonomi rakyat di negara ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768