Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pelancaran Projek Sosial Dara Oleh Y.A.B. Dato Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak

Pada hari ini dalam tahun 1986, Menteri Besar Pahang, Y.A.B. Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan projek sosial DARA bertempat di Bandar Muadzam Shah. Di antara tumpuan bidang pembangunan sosial berkaitan pembangunan kerohanian, pendidikan, keusahawan dan kemasyarakatan. Kemajuan pembangunan negara tidak akan sempurna jika tumpuan cuma pembangunan ekonomi semata, soal kemanusian juga harus diberikan tumpuan. Dalam hal ini DARA (Lembaga Kemaajuan Pahang Tenggara) yang ditubuhkan khusus untuk pembangunan kawasan Pahang Tenggara tidak ketinggalan menumpukan perhatian dalam soal-soal sosial.  Pelaksanaan aktiviti Pembangunan sosial ini telah berjaya menghasilkan kesan positif kepada mesyuarat di kawasan DARA seperti mengelak gejala-gejala sosial di kalangan remaja dan program pembangunan rakyat termiskin (PPKT) telah berjaya meningkatkan pendapatan golongan miskin. Hari ini, kita melihat pembangunan yang berasaskan semata-mata pada ekonomi tidak mampu mengekalkan dan memperbaiki nasib sesuatu masyarakat jika tumpuan tidak diberikan juga kepada bidang-bidang lain seperti sosial.   


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768