Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELANCARAN PROJEK SOSIAL LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA

Pada hari ini dalam tahun 1986, Menteri Besar Pahang, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan Projek Sosial Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) bertempat di Bandar Muadzam Shah. DARA yang ditubuhkan khusus untuk pembangunan kawasan Pahang Tenggara akan melaksanakan projek-projek sosial yang berkaitan dengan pembangunan kerohanian, pendidikan, keusahawan dan kemasyarakatan. Di antara pelaksanaan pembangunan sosial yang menjadi keutamaan DARA ialah program pembangunan rakyat termiskin (PPRT) dalam usaha meningkatkan pendapatan golongan miskin serta mengekang remaja dari terus hanyut dalam gejala sosial yang tidak sihat. Sesungguhnya kemajuan pembangunan negara lebih bermakna sekiranya pembangunan ekonomi seiring dengan pembangunan rohani dan kemanusiaan.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768