Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELANCARAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN KAUM

Pada hari ini dalam tahun 2005, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan Kaum (RIMUP) di Sekolah Jenis Kebangsaan China Chung Hua, Mantin, Negeri Sembilan. RIMUP dilancarkan bagi menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai kaum dan jenis sekolah dalam melahirkan perpaduan yang menjadi matlamat utama pendidikan negara. Perdana Menteri menyeru supaya usaha memupuk perpaduan dalam kalangan murid-murid pelbagai kaum, diperluaskan dengan melibatkan mereka secara bersama dalam semua aktiviti. Tambah beliau, perpaduan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul serta mampu menghadapi cabaran yang mendatang. RIMUP sesungguhnya, dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia yang menitikberatkan perpaduan kaum demi kesejahteraan negara. 

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768