Juga Pada Hari Ini..
-
PERBAHASAN MENGENAI KEDUDUKAN KUASA KETURUNAN BROOKE DI SARAWAK
-
PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN
-
FORUM PERTAMA ASEAN-JEPUN MENGENAI PASARAN GETAH
-
SURUHANJAYA COBBOLD MEMULAKAN TUGAS DI KUCHING
-
Rang Undang-Undang Baru Imigresen Diluluskan
-
Perubahan Nama Pejabat Perhubungan Raya (Jabatan Penerangan)
-
Mesyuarat Pertama Menteri-Menteri Besar Sembilan Buah Negeri Melayu
Peristiwa
Pelancaran Sistem Pesawat Telefon Automatik Antarabangsa
Pada hari ini dalam tahun 1967, Tun V. T. Sambanthan, Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom telah melancarkan Sistem Pesawat Telefon Automatik Antarabangsa di Kuala Lumpur. Upacara pelancaran telah dilakukan secara membuat panggilan telefon dengan Duta Malaysia di Washington, Amerika Syarikat, Tan Sri Ong Yoke Lin. Malaysia adalah negara Komanwel yang pertama menggunakan Sistem Isyarat CCITT nombor 5 bagi Sistem Pesawat Telefon Automatik Antarabangsa. Sistem yang berharga $500,00 ini telah diusahakan sejak tahun 1966. Ia menggunakan sistem 'switch dialing’ dan berkunci. Sistem isyarat yang digunakan ini ialah dengan menekan butang nombor lima yang akan menghubungkan pusat pesawat atau operator antarabangsa Kuala Lumpur. Operator akan mendail nombor 95 bagi menghubungkan Operator Antarabangsa di Pusat Dunia yang seterusnya secara otomatik menyambungkan ke nombor talian yang diminta. Sistem ini membolehkan pengguna-pengguna di negara ini membuat panggilan ke 100 juta talian telefon yang terdapat di Amerika Syarikat, Canada, Britain, Negara-negara Eropah, Australia, Jepun dan Hong Kong. Pelancaran Sistem Pesawat Telefon Otomatik Antarabangsa ini adalah satu lagi kemajuan negara di bidang perhubungan setelah Sistem Kawat Commonwealth. Dengan adanya kemudahan sistem Pesawat Telefon Automatik Antarabangsa ini, perhubungan melalui telefon ke luar negeri telah dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.