Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELANCARAN SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 2012, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak melakar satu lagi detik bersejarah dalam usahanya meningkatkan taraf hidup rakyat apabila melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang memberi menfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan rendah. Majlis pelancaran tersebut dilaksanakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Skim SARA 1Malaysia diperkenalkan bagi membantu para peserta skim yang terdiri dari kalangan berpendapatan rendah yang berkelayakan meningkatkan pendapatan boleh guna setiap bulan.  Disamping itu, ia dapat menambah aset pelaburan dan simpanan peserta di akhir tempoh program. Setiap peserta layak diberi peluang membuat peburan sebanyak RM5,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman. Melalui pelaksanaan skim ini, membuktikan kerajaan terus berusaha memajukan ekonomi negara dan rakyat dari masa ke masa melalui program-program transformasi yang telah dirancang dan ditetapkan.

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768