Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

17
Dec
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELANCARAN STESEN SATELIT BUMI DI MELAKA

Pada hari ini dalam tahun 1981, Stesen Satelit Bumi yang terletak di Lendu, Alor Gajah, Melaka, dibuka dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Musa Hitam.  Pembinaan stesen satelit yang berharga $18.5 juta ini bertujuan untuk menampung kelemahan keupayaan komunikasi antarabangsa yang dihadapi oleh negara selama ini.  Stesen ini menyediakan kemudahan perhubungan telekom dengan sembilan buah negara termasuk Peranchis, Hong Kong, Belanda, India, Itali, Filipina, Arab Saudi, United Kingdom dan Jerman Barat.  Selain kemudahan telekomunikasi, satelit ini juga mempunyai saluran TV yang membolehkan siaran secara langsung diterima atau dihantar melalui satelit bumi ini.  Dengan adanya perkhidmatan telekomunikasi antarabangsa melalui stesen satelit bumi ini, diharapkan perkembangan bidang telekomunikasi di negara ini bertambah maju dan menjadikan Malaysia sebagai ‘gerbang laluan trafik’ (Traffic Gateway) yang terpenting di rantau ini.  

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768