Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELANCARAN SYARIKAT KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1992,  Perdana  Menteri, Datuk  Seri  Dr.  Mahathir  Mohammad  telah  merasmikan  pelancaran  Syarikat  Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di  Stesen Keretapi  Kuala  Lumpur.  Pelancaran  tersebut  berikutan  dengan  korporatisasi  Keretapi  Tanah  Melayu  yang  telah  berkuatkuasa  pada  1  Ogos  1992.  Dalam  ucapannya  Perdana  Menteri  mengingatkan, dengan penswastaan KTMB,  perkhidmatannya bukan hanya tertumpu kepada pengangkutan penumpang sahaja tetapi ia boleh digunakan untuk membantu usaha-usaha pembangunan sektor perindutrian khususnya dalam menyediakan kemudahan pengangkutan barangan hasil industri pada kos yang rendah.  Dengan pelancaran ini, KTMB diharap mampu menjadi sebuah syarikat pengangkutan berdaya maju dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang cekap, selesa dan berkualiti.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768