Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pelantikan Ahli Majlis Pengawasan Syariah Bank Islam

Pada hari ini dalam tahun 1983, Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah telah mengumumkan pelantikan Ahli Majlis Pengawasan Syariah Bank Islam yang bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan bank tersebut menurut lunas-lunas syarak dalam semua urusannya. Ahli Majlis Pengawasan Syariah yang dilantik tersebut ialah Tan Sri Sheikh Mohsein, Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Ahmad Ibrahim bekas Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Datuk Kadir Hassan Mufti Besar Sarawak, Dr. Osman Ishak Dekan Akademi Islam Universiti Malaya dan Dr. Abdullah Ibrahim Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelantikan anggota-anggota Majlis Pengawasan Syariah tersebut telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah Bank Islam yang telah bermesyuarat dalam bulan Mac yang lalu. Ahli-ahli Majlis ini dilantik daripada mereka yang pakar dalam bidang perundangan Islam dan Syariah tersebut akan dapat memandu perjalanan Bank Islam dengan lebih lancar dalam memberi perkhidmatan kewangan yang selaras dengan kehendak Islam. Dengan pelantikan Ahli-ahli Majlis Pengawasan Syariah Bank Islam ini diharap akan dapat memantapkan lagi struktur pentadbiran Bank Islam di samping menanam kepercayaan orang ramai terhadap perjalanan sistem kewangan Islam yang diamalkan oleh bank Islam tersebut.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768