Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pelantikan Datuk Mohd. Zahir Ismail Sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat

Pada hari ini dalam tahun 1982, Datuk Mohd. Zahir Ismail, bekas Hakim Mahkamah Tinggi Kelantan telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baru menggantikan Allahyarham Tun Syed Nasir Ismail yang meninggal dunia Mac lalu. Upacara pelantikan dan mengangkat sumpah telah berlangsung dalam satu sidang khas Parlimen. Datuk Mohd. Zahir Ismail adalah anak kelahiran negeri Kedah dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perundangan, pentadbiran dan politik sejak merdeka lagi.  Beliau dilahirkan dalam tahun 1924 dan berkelulusan dalam bidang undang-undang.  Beliau pernah mewakili negara ke Bangsa-bangsa Bersatu, menjadi Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah dan pernah memangku jawatan Menteri Besar Kedah serta pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Beliau dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada 2 September 1975 di Kuala Lumpur dan kemudiannya bertukar ke Kelantan. Kedudukan beliau sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Kelantan adalah jawatan terakhir beliau sebelum dilantik menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Sesungguhnya pelantikan ini adalah bertepatan sekali kerana kebolehan dan pengalaman luas yang dimiliki oleh beliau dalam bidang undang-undang, pentadbiran dan politik.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768