Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pelantikan Perdana Menteri Kedua

Pada hari ini dalam tahun 1970, YAB Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein  dilantik dengan rasminya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Upacara perlantikan berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Badlishah.Tun Abdul Razak dilantik menjadi Perdana Menteri berikutan persaraan YTM Tunku Abdul Rahman daripada jawatan tersebut.  Sejarah penglibatan beliau dalam arena politik bermula  apabila beliau bergiat cergas dalam Kesatuan Melayu United Kingdom dan Malayan Forum. Beliau memasuki parti UMNO pada tahun 1950 dan dilantik sebagai Ketua Bahagian Pemuda dan kemudiannya dalam tahun 1951 dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua UMNO. Pada tahun 1955 beliau memenangi pilihanraya Persekutuan dan dilantik menjadi Menteri Pelajaran. Selepas negara mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak  dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri dan semasa kejadian 13 Mei 1969 beliau dilantik sebagai Pengarah Gerakan, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-2 pada hari ini dalam tahun 1970, telah membuka era baru dalam pemerintahan negara.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768