Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pembentukan Jawatankuasa Pengkaji Pelajar Dewasa

Pada hari ini dalam tahun 1960, Jawatankuasa Pengkaji Pelajaran Dewasa telah dibentuk. Jawatakuasa ini yang dipengerusikan oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Tuan Haji Abdul Khalid bin Awang Osman bertujuanmenyusun semula pelajaran dewasa di negara ini. Fungsi Jawatankuasa ini antara lain:

  • Menimbulkan perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab kerajaan untuk mengajar Bahasa Kebangsaan kepada orang dewasa.
  • Menimbulkan sama ada perlu atau tidak diadakan satu-satu peraturan untuk menggalakkan atau memaksa orang-orang belajar Bahasa Kebangsaan.
  • Mencadangkan peraturan yang sesuai untuk mencapai tujuan mengadakan pelajaran dalam Bahasa Kebangsaan dan untuk memberi pelajaran kepada seluruh Warganegara Persekutuan.

Perkara-perkara seperti pengetahuan Bahasa Kebangsaan sebagai satu alat perhubungan dan kesulitan-kesulitan berkaitan pelajaran dewasa juga telah dipertimbangkan dan cara-cara untuk mengatasinya juga telah diambil kira. Menteri Muda, Tuan Haji Khalid telah menegaskan betapa pentingnya pelajaran dewasa untuk melenyapkan kemiskinan di kawasan-kawasan luar bandar dan kampung-kampung. Oleh kerana itulah kerajaan telah membentuk sebuah jawatankuasa pengkaji pelajaran dewasa pada hari ini dalam tahun 1960.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768