Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PENUBUHAN LEMBAGA JEMAAH HAJI

Pada hari ini dalam tahun 1960, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah membentuk sebuah Jawatankuasa yang terdiri daripada 15 orang untuk mengkaji masalah-masalah mengenai penubuhan Lembaga Jemaah Haji.  Jawatankuasa ini dibentuk bertujuan untuk membuat syor-syor yang praktis bagi penubuhan satu badan yang dapat memperbaiki kemudahan-kemudahan yang sedia ada untuk membolehkan umat Islam menunaikan rukun Islam yang kelima tanpa sebarang kesulitan. Jawatankuasa tersebut telah menimbangkan dua perkara penting iaitu kemungkinan menubuhkan sebuah badan yang tertentu untuk menggalakkan penyimpanan wang oleh bakal-bakal haji dan mentadbirkannya secara cekap dan tersusun. Disamping mewujudkan sebuah badan yang cekap untuk mengendalikan segala urusan haji dengan mengadakan rundingan bersama pejabat Perbendaharaan. Pembentukan jawatankuasa ini adalah selaras dengan keazaman kerajaan, mendukung agama Islam sebagai agama rasmi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768