Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PEMBENTUKAN MAJLIS PELAJARAN TINGGI

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1968,  Majlis Pelajaran Tinggi telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd Khir Johari di Bangunan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.  Majlis ini ditugaskan sebagai penasihat kepada kerajaan dan Menteri Pelajaran mengenai pelajaran tinggi. Majlis ini juga bertanggungjawab untuk mengkaji kemudahan-kemudahan bagi pelajaran tinggi mengikut keperluan negara.  Dalam mesyuarat pertamanya yang juga diadakan pada hari ini dalam tahun 1968, majlis ini telah digesa supaya membincangkan dengan khusus mengenai penubuhan sebuah politeknik di Ipoh dan sebuah universiti di Pulau Pinang serta diberi tanggungjawab bagi menentukan perjalanan kedua-dua perkara ini di mana keputusan serta syor-syor bukan sahaja akan menolong membentuk kedua-dua institusi ini tetapi juga akan menyegerakan penubuhannya.

Skrip: Nurzuliana Kamaruzaman / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768