Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

17
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pembinaan Masjid Jamek Muar

Pada hari ini dalam tahun 1925, Masjid Jamek Muar mula dibina.  Masjid ini terletak di tepi kanan mudik Sungai Muar, di bandar Muar.  Perbelanjaan bagi pembinaan masjid ini adalah sumbangan kerajaan negeri Johor dan juga daripada derma orang ramai.  Rekebentuk masjid ini dibuat oleh Encik Sulaiman Haji Alias, seorang pereka bentuk yang terkenal di Johor.  Bangunan induk masjid ini mempunyai persamaannya dengan masjid Abu Bakar, Johor Bahru yang terkenal.  Masjid yang indah hasil gabungan unsur seni bina tradisi dan pengaruh barat ini telah siap sepenuhnya menjelang tahun 1930.  Masjid ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Amat Mulia Tengku Ismail, Tengku Mahkota Johor pada 28 Februari 1930.  Dengan terbinanya masjid Jamek bandar Muar pada hari ini dalam tahun 1925 telah menyediakan satu lagi kemudahan beribadat kepada penduduk bandar tersebut yang beragama Islam disamping melambangkan ketinggian syiar Islam di bandar Muar.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768