Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pembukaan Lebuhraya Timur-Barat

Pada hari ini dalam tahun 1982, Lebuhraya Timur Barat sepanjang 115 km secara rasminya telah dibuka kepada orang ramai. Pembinaan lebuhraya ini memakan masa selama 12 tahun dengan kos sebanyak $395.2 juta.  Lebuhraya ini akan memendekkan perjalanan antara Kota Bharu dan Butterworth sebanyak 671 km. Ia mengandungi lima buah jambatan panjang dan menghubungkan pekan Jeli di Hulu Kelantan dengan Pekan Gerik di Perak. Lebuhraya ini akan dibuka pada jam 6.00 pagi ke 7.00 malam setiap hari dan para pengguna pula dikehendaki melaporkan diri ke pondok polis di batu 5, Jeli atau Kuala Rui di Grik selewat-lewatnya jam 4.00 petang sebelum dibenar menggunakan lebuhraya itu. Ini kerana lebuhraya tersebut terletak dalam kawasan keselamatan. Walau bagaimanapun pengguna tidak perlu bimbang kerana keadaan keselamatan di lebuhraya ini adalah terkawal. Seramai lebih 3 ribu orang tentera dikerah berkawal sepanjang lebuhraya untuk menjaga keselamatan pengguna. Anggota keselamatan tersebut ditempatkan di enam puluh satu buah pos tentera dari Grik ke Jeli dan jarak antara khemah mereka tidak lebih daripada dua kilometer. 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768