Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PEMBUKAAN MAKTAB PERGURUAN MELAYU MATANG, PERAK

Pada hari ini dalam tahun 1913, Maktab Perguruan Melayu Matang, Perak dibuka dengan rasminya di bangunan bekas Istana Long Jaafar. Maktab perguruan ini merupakan maktab kedua dibuka sebagai penyambung usaha Maktab Singapura yang telah terhenti perjalanannya. Pembinaan Maktab ini adalah atas usaha DYMM Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul A’zam Shah bagi mengatasi kekurangan guru di Negeri-negeri Selat dan dikhususkan kepada penuntut-penuntut negeri Perak sahaja. Pengambilan penuntut-penuntut kemudiannya diperluaskan meliputi Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Bersekutu. Maktab perguruan ini melatih seramai 25 orang pelatih setiap tahun dan berjaya mengeluarkan seramai 200 orang guru sepanjang penubuhannya. Sebagai satu usaha untuk memusatkan dan menyelaras latihan-latihan perguruan, maktab ini akhirnya ditutup pada tahun 1922 apabila Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak, telah bersedia menggantikannya dalam memberikan perkhidmatan latihan perguruan ketika itu.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768