Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PEMBUKAAN PENGKALAN TENTERA LAUT DI MALAYSIA TIMUR

Pada hari ini dalam tahun 1966, Pengkalan Tentera Laut di Malaysia Timur telah dibuka dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia, YAB Tun Abdul Razak b. Hussein.  Pengkalan yang dinamakan KD Sri Labuan ini terletak di Labuan, Sabah.  Pengkalan yang dibina dengan kos $1.35 juta ini merupakan pengkalan tentera laut yang lengkap di Malaysia Timur. Pembinaannya mengambil masa kira-kira 13 bulan untuk disiapkan. Selain dilengkapi dengan peralatan perkapalan yang moden, pengkalan ini juga dilengkapi dengan bangunan-bangunan pentadbiran, rumah-rumah kediaman, bengkel-bengkel dan stor. Sesungguhnya, pembukaan pengkalan ini besar ertinya kepada pertahanan negara dalam usaha memperlengkapkan lagi sistem pertahanan dan keselamatan negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768