Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pembukaan Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu, Kedah

Pada hari ini dalam tahun 1979, telah diadakan upacara pembukaan rasmi bangunan baru Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu, Kedah oleh Menteri Penerangan, YB Dato' Mohamed Rahmat. Dengan adanya pejabat ini, maka usaha-usaha memberi penerangan kepada orang ramai mengenai dasar-dasar dan rancangan-rancangan kerajaan akan dapat berjalan dengan lebih berkesan. Menteri Penerangan dalam ucapan perasmiannya mengingatkan rakyat supaya turut serta dalam menjalankan dasar dan rancangan-rancangan kerajaan demi mencapai matlamat pembangunan iaitu untuk memperbaiki mutu serta nilai penghidupan rakyat keseluruhannya. Dengan adanya kemajuan politik, ekonomi, pelajaran dan sosial dalam kalangan rakyat hari ini serta peranan media cetak dan elektronik yang semakin berkembang maju, kerajaan berpendapat tugas memberi penerangan dan memperolehi maklum balas yang tepat daripada rakyat adalah lebih sulit dan mencabar. Maka, pendekatan dan teknik-teknik baru dari segi penerangan yang sesuai dengan perkembangan semasa adalah diperlukan. Kecekapan pegawai-pegawai juga akan ditingkatkan dengan memberi kursus dan galakan supaya berfikiran cerakinan atau 'analytical'. Sesungguhnya, rakyat perlu mendapat penerangan yang tepat lagi benar untuk mengelakkan mereka daripada dikelirukan dan diracuni fikiran oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan anti-nasional.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768