Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pembukaan Plaza Tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban

Pada hari ini dalam tahun 1982, kedua-dua Plaza Tol Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Kerjaraya dan Kemudahan Awam, YB Datuk S. Samy Vellu dan memulakan kutipan hari pertamanya. Menteri Kerja Raya itu sendiri memulakan proses pengutipan tol tersebut dengan membayar tiket tol yang pertama pada jam 8.30 pagi di Plaza tol pertama dekat Kuala Lumpur. Menurut beliau sejumlah 20,000 buah kenderaan dijangka akan melalui kedua-dua buah plaza tol sepanjang lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Kerajaan menjangkakan akan dapat mengutip sekurang-kurangnya RM12 juta setahun dari kedua plaza tol tersebut dan kira-kira RM2.5 juta diperlukan untuk kerja-kerja penyelenggaraanya. Baki kutipan tersebut akan digunakan untuk membayar balik pinjaman dari Bank Dunia. Beliau mengingatkan para pengguna jalanraya tersebut supaya membayar tol atau menghadapi tindakan denda RM 1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali sekiranya melanggar arahan membayar tol. Bagaimanapun para pengguna yang ingin mengelakkan bayaran tol boleh menggunakan jalan raya lama melalui Kajang dan Semenyih untuk ke Seremban dan sebaliknya. Pembukaan rasmi plaza tol di lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur ini menandakan permulaan sejarah baru penggunaan jalan lebuhraya bertol di negara ini.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768