Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pembukaan Pusat Pelajaran International Bussiness Machines (Ibm)

Pada hari ini dalam tahun 1964, Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Dr. Lim Swee Aun telah merasmikan pembukaan Pusat Pelajaran International Bussiness Machines (IBM) bagi kawasan Asia Selatan di Bangunan Pudu, Kuala Lumpur.  Hadir sama dalam upacara perasmian tersebut ialah Mr. James Bell, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Mr. I.N. Hinnau, Pengarah Pemasaran IBM serta lain-lain pegawai kanan IBM.  Menurut Menteri Perdagangan dan Perindustrian, pemilihan Kuala Lumpur sebagai pusat pelajaran komputer IBM oleh firma Amerika tersebut merupakan satu petanda baik dalam kemajuan perdagangan di negara ini. Pemilihan Kuala Lumpur ini juga menunjukkan bahawa para pelabur asing telah menaruh keyakinan terhadap kestabilan politik dan ekonomi di negara ini. Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Dr. Lim Swee Aun berharap dengan tertubuhnya  Pusat Pelajaran IBM di Kuala Lumpur, masyarakat di negara ini khususnya masyarakat peniaga akan lebih berpeluang mempelajari dan menggunakan komputer IBM ini dalam urusan perniagaan dan perdagangan.  


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768