Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Feb
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pembukaan Rasmi Bangunan Perhentian Penumpang, Lapangan Terbang Tawau, Sabah

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1968,  Menteri  Pengangkutan, YB Tan Sri Haji Sardon bin Haji Jubir telah merasmikan pembukaan Bangunan Perhentian Penumpang,  Lapangan  Terbang  Tawau, Sabah.  Pembinaan  semula  Lapangan  Terbang Tawau  telah  dirancang  semenjak   tahun  1963.  Setelah  Sabah  mencapai  kemerdekaan  melalui  Malaysia  dalam tahun 1963, didapati  bilangan  penumpang  ara  yang  menggunakan  Lapangan  Terbang  Tawau  semakin  meningkat.  Pembinaan  semula  ini  adalah  di  bawah  Rancangan  Malaysia  Pertama, selaras  dengan  objektif  utamanya iaitu  mempertingkatkan  mutu  dan  kecekepan  penerbangan  awam  di Malaysia  Timur.  Di  bawah  rancangan ini, Lapangan Terbang Tawau  adalah  antara  Lapangan  Terbang  pertama  yang dibina  semula  bagi  membolehkan  kapal  terbang jenis Fokker  Friendship  mendarat.  Sejumlah  RM340  ribu  telah  dibelanjakan  bagi  tujuan  pembinaan  bangunan  Penumpang,  Lapangan  Terabang  Tawau  bersama-sama  Balai Bomba dan Menara  Kawalan.  Sesungguhnya  pembukaan  rasmi  bangunan Perhentian Penumpang, Lapangan Terbang ini  telah  dapat memperatkan  lagi  perhubungan  antara  bandar  Tawau dengan  bandar-bandar lain di Sabah, Sarawak  serta  Semanjung  Malaysia.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768