Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERASMIAN BANGUNAN PERSATUAN BOLA SEPAK PERSEKUTUAN

Pada hari ini dalam tahun 1961, Bangunan Persatuan Bola Sepak Persekutuan Tanah Melayu, dirasmikan oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pembinaan Bangunan Persatuan Bola Sepak ini adalah hasil inisiatif YTM Tunku Abddul Rahman selaku Presiden Persatuan. Almarhum Tunku telah mengadakan berbagai pertandingan dan menghadiahkan piala bagi menggalakkan penyertaan orang ramai dalam permainan bola sepak. Hasil dari pertandingan-pertandingan yang diadakan, beliau berjaya mengumpulkan wang penjualan tiket untuk membina sebuah bangunan bagi Persatuan Bola Sepak Persekutuan. Pada tahun 1960, kerja-kerja pembinaan bangunan dimulakan dan siap setahun kemudian. Bangunan setinggi 7 tingkat di Jalan Birch, Kuala Lumpur dan menelan belanja sebanyak RM350,000 ini bukan sahaja memudahkan urusan pentadbiran perlawanan bola sepak di peringkat pusat malah melambangkan kemajuan sukan Bola Sepak di negara ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768