Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PEMBUKAAN RASMI IBUSAWAT TELEFON ELEKTRONIK KERAMAT

Pada hari ini dalam tahun 1979, Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, YB Dato’ Mohd Najib Tun Razak telah merasmikan pembukaan Ibusawat telefon elektronik di Keramat, Kuala Lumpur. Ibusawat yang dibina di bawah Rancangan Malaysia ke-3 dengan harga 10.2 juta ringgit ini merupakan satu lagi pemodenan dan kemajuan bidang perkhidmatan telefon di negara ini. Ibu sawat yang diperlengkapkan dengan 10 ribu talian pelanggan ini mampu menampung keperluan di sekitar kawasan Kampung Datuk Keramat, Ulu Kelang dan Ampang yang sedang pesat membangun di bidang perumahan dan perindustrian. Dengan kemudahan bertaraf antarabangsa ini, panggilan ke United Kingdom, Australia, Hong Kong dan Jepun dapat dilakukan dengan lebih mudah. Sesungguhnya, perasmian ibu sawat ini telah memperlihatkan kemajuan teknologi komunikasi yang semakin berkembang di negara ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768