Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pembukaan Rasmi Jambatan Kelang

Pada hari ini dalam tahun 1908, Jambatan Kelang telah dibuka dengan rasminya oleh Sir John Anderson, Pesuruhjaya Tinggi British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Majlis ini turut dihadiri oleh Sultan Selangor, Residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu Mr. William Taylor, Residen Selangor Conway Belfield dan para pegawai Inggeris. Pembukaan Jambatan Besi ini mencatat sejarah penting kepada Kelang kerana sebelum ini Sungai Kelang hanya dapat dihubungi dengan feri dan jalan keretapi. Perkembangan pesat kawasan sekitar khususnya Kapar memerlukan satu jambatan yang merentangi Sungai Kelang. Berikutan dengan desakan penduduk khususnya para pedagang, tender untuk membina jambatan ini dikeluarkan pada 21 Jun 1907 dan jambatan itu telah dapat disiapkan dalam masa 208 hari dari tarikh tender tersebut. Jambatan ini kemudiannya dinamakan Jambatan Belfield sempena nama Residen Selangor yang mengusahakan pembinaan Jambatan ini. Perasmian Jambatan Kelang ini telah memberi manfaat yang besar kepada para penduduk di sekitar daerah Kelang dan kawasan-kawasan perhampiran.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768