Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pembukaan Rasmi Kompleks Mengering Dan Mengilang Lembaga Padi Dan Beras Negara Yang Pertama Di Perlis

Pada hari ini dalam tahun 1975, sebuah kompleks mengering dan mengilang padi Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) yang pertama di Perlis telah dibuka dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Berucap semasa merasmikan kompleks tersebut, YAB Dato’ Hussein Onn berkata bahawa tanggungjawab kerajaan ialah memelihara kepentingan rakyat, mengimbangkan kepentingan petani, pengguna dan peniaga-peniaga. Jumlah kawasan penanaman padi di Semenanjung Malaysia adalah seluas 1.433 juta ekar dan di antara kawasan yang terbesar ialah di Perairan MUDA, Kedah dan KEMUBU, Kelantan.  Di atas tanggungjawab sosial kepada para penanam padi, pihak Kerajaan akan membantu petani di mana kerajaan akan terus membeli dengan harga tawaran yang minima diantara RM24.00 hingga RM28.00 sepikul bagi padi kering. Kompleks ini yang terletak di Simpang Empat, Perlis ini dibina di kawasan Perairan Muda dan ianya mampu mengendalikan pengeluaran padi yang banyak dalam jangka masa pendek dan dengan keadaan padi yang basah. Perasmian kompleks ini membuktikan keazaman pihak kerajaan dan LPN untuk membela nasib kaum petani khususnya di negeri Perlis dan di seluruh negara di samping dapat menapung jumlah pengeluaran padi yang semakin bertambah.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768