Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MESYUARAT AGUNG PERTAMA KESATUAN PENGHULU DAN PENGGAWA SEMENANJUNG MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 1975, Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Hussein merasmikan Mesyuarat Agung Pertama Kesatuan Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Seramai 400 Penghulu dan Penggawa dari seluruh Semenanjung Malaysia hadir di mesyuarat ini. Kesatuan Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia telah ditubuhkan pada bulan Oktober 1974 dengan tujuan untuk menjadi perantaraan di antara rakyat dengan kerajaan. Dalam sistem pentadbiran tradisional, Penghulu dan Penggawa diberi kuasa untuk memerintah unit terkecil dalam sesebuah negeri, iaitu kampung. Penghulu dan Penggawa juga dikehendaki bertanggungjawab kepada Residen British ataupun Pegawai Daerah ketika negara dijajah oleh Inggeris. Kini, selepas negara mencapai kemerdekaan, peranan Penghulu dan Penggawa menjadi semakin penting dalam membantu jentera pentadbiran kerajaan tempatan.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768