Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PEMBUKAAN RASMI PUSAT RAWATAN AIR SEMANGAR

Pada hari ini dalam tahun 2004,  Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan pembukaan Pusat Rawatan Air Semangar. Skim Air Semanggar bernilai RM649 juta yang dibangunkan oleh SAJ Holdings Sdn. Bhd. merangkumi pembinaan 225 kilometer paip agihan, 29 tangki baru dan lapan stesen booster di beberapa lokasi di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian.  Loji rawatan air yang terletak di Kampung Semanggar Luar, kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Kota Tinggi, mempunyai kapisiti pengeluaran maksimum 15.7 juta liter sehari. Menerusi Skim Air Semanggar ini, kerajaan negeri Johor mampu menjimatkan perbelanjaan kira-kira RM6 juta setahun bagi kos pembelian air bersih daripada loji Lembaga Perbekalan Awam (PUB) Singapura yang dibeli pada kadar 50 sen bagi setiap 4,546 liter.  Sesungguhnya dengan perasmian pusat rawatan air Semanggar ini menandakan kejayaan perlaksanaan Projek Kebergantungan Sifar menerusi Skim Air Semangar yang telah bermula pada 12 September 2000.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768