Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pembukaan Secara Rasmi Rumah Persekutuan

Pada hari ini dalam tahun 1954, Rumah Persekutuan telah dibuka dengan rasminya oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, Sir Donald McGillvray di Kuala Lumpur.Turut hadir di upacara perasmian itu ialah Dato' Nik Ahmad Kamil dan Encik B.M. Iversen. Pembinaan rumah Persekutuan yang terletak di Victory Avenue atau kini dikenali dengan nama Jalan Sultan Hishamuddin menelan belanja sebanyak $3.5 juta ringgit. Bangunan setinggi lapan tingkat itu mempunyai reka bentuk yang menarik dan merupakan hasil rekaan seorang arkitek berbangsa Denmark, iaitu Encik B.M. Iversen.Pembinaan Rumah Persekutuan tersebut adalah bertujuan untuk menampung keperluan yang dialami oleh kerajaan Tanah Melayu berikutan dengan pelbagai usaha ke arah menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan perasmian Rumah Persekutuan pada hari ini dalam tahun 1954, ia bukan sahaja dapat menampung keperluan yang mendesak ketika itu, malah sehingga kini Rumah Persekutuan itu telah menempatkan pelbagai pejabat kerajaan dan juga pernah menjadi bangunan Radio Malaya dalam tahun 1959.

 

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768