Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PENAMAAN HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN

Pada hari ini dalam tahun 2008, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, berkenan  menamakan Hospital Ipoh sebagai Hospital Raja Permaisuri Bainun. Sejarah Hospital Raja Permaisuri Bainun bermula pada tahun 1891 sebagai Hospital Daerah yang dikenali sebagai Hospital Ipoh dengan kapisiti sebanyak 50 buah katil sahaja. Hospital ini dinaiktarafkan sebagai Hospital Negeri pada tahun 1942. Bangunan utama 8 tingkat siap dibina pada tahun 1980. Pembangunan lain termasuk Kompleks Klinik Pakar pada tahun 1992 dan Kompleks Rawatan Harian dalam tahun 2005. Hospital ini merupakan hospital ketiga terbesar selepas Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pulau Pinang dengan kapasiti 990 buah katil, 16 dewan bedah, 16 katil unit rawatan rapi dewasa, 8 katil unit rawatan jantung, 17 katil unit rawatan rapi kanak-kanak dan 20 katil unit rawatan neonatal. Hospital ini juga berfungsi sebagai hospital latihan untuk penuntut perubatan, pelatih jururawat serta doktor siswazah.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768