Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pengasas Government English School 1908 (Kini Kolej Sultan Abd. Hamid) Meninggal Dunia

Pada hari ini dalam tahun 1961, Encik Mohamad Iskandar, Pengasas ‘Government English School’ pada tahun 1908 di Kedah telah meninggal dunia.  ‘Government English School, Alor Setar’ kemudiannya dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Allahyarham Encik Mohamad Iskandar dilahirkan di Pulau Pinang dan mendapat pendidikan di Penang Free School. Selepas tamat pelajarannya beliau menjadi guru di sekolah tersebut.  Apabila ‘Government English School’ ditubuhkan di Alor Setar pada tahun 1908, Allahyarham diberi kepercayaan untuk menjadi Pengetuanya yang pertama. Allahyarham telah berjaya mengurus dan mentadbir Government English School ini dengan baik dengan penuntutnya seramai 50 orang. Antara tokoh-tokoh negara yang pernah menjadi murid Allahyarham ialah Tunku Abdul Rahman; Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tengku Yaakub; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London, Dato’ Syed Omar Shahabuddin; bekas Menteri Besar Kedah dan lain-lain. Pemergian Allahyarham Encik Mohamad Iskandar merupakan satu kehilangan tokoh guru yang berjasa kepada negeri Kedah dan negara amnya.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768