Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PENGHAYATAN WAWASAN 2020 DILANCAR

Pada hari ini dalam tahun 1993, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad  telah melancarkan majlis Penghayatan Wawasan 2020 di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru.  Johor merupakan negeri pertama yang mengadakan program seumpama itu bagi meningkatkan kesedaran rakyat dalam usaha menuju wawasan 2020. Dalam ucapannya, Perdana Menteri menyatakan negara maju bukan hanya dalam bidang ekonomi dan social tetapi juga ilmu dan akhlak. Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa Malaysia akan muncul sebagai negara maju lebih awal dari tahun 2020 jika semua rakyat menanam kesedaran kuat untuk mencapai matlamat tersebut. Dimajlis yang sama, beliau dan isteri turut membeli Saham Wakaf Johor iaitu skim saham wakaf pertama diperkenalkan di negara ini. Sesungguhnya rakyat boleh mengubah masa depan negara dan sekaligus menikmati taraf hidup yang jauh lebih baik.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768