Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pengisytiharaan Pengawalan Memandu Kereta-Kereta Motor

Pada hari ini dalam tahun 1946, satu perisytiharan mengenai pengawalan memandu kereta-kereta motor bagi negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu telah dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Hal Ehwal Awam, Brigadier A.T. Newboult. Perisytiharan ini dikeluarkan melalui Waran Pentadbiran Tentera British No. 42 yang juga dikenali sebagai Perisytiharan Kesalahan Memandu Kereta-kereta Motor. Melalui perisytiharan ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Hal Ehwal Awam (Civil Affairs), Pegawai Polis dan anggota-anggota Polis menentukan supaya pemandu-pemandu kereta motor mematuhi undang-undang memandu kereta-kereta motor. Di antara perkara-perkara penting yang terkandung di dalam perisytiharan ini ialah:-

  • Setiap pemandu tidak dibenarkan memandu mana-mana kenderaan di jalan raya kecuali mempunyai lesen memandu yang sah.
  • Adalah menjadi satu kesalahan terhadap mana-mana pemandu yang memandu di jalan raya-jalan raya dalam keadaan yang boleh membahayakan.
  • Adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana pemandu yang gagal menunjukkan lesennya sewaktu diminta oleh pihak berkuasa berbuat demikian.

Perisytiharan ini telah dimansuhkan dan kemudian telah digantikan dengan Ordinan Trafik Jalan Raya No. 49 tahun 1958.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768