Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PENGISYTIHARAN BERSAMA MAJLIS RAJA-RAJA DENGAN WAKIL KERAJAAN DITANDATANGANI

Pada hari ini dalam tahun 1993, Pengisytiharan Bersama Majlis Raja-Raja Dengan Wakil Kerajaan telah ditandatangani di Kuala Lumpur. Pengisytiharan ini ditandatangani setelah Raja-raja Melayu mencapai keputusan sebulat suara dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke 160, iaitu bersetuju menerima Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1993, yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 19.1.1993 dengan memasukkan pengubahsuaian membabitkan keistimewaan Parlimen dan hasutan. Raja-raja bersetuju menubuhkan mahkamah khas bagi membicarakan raja-raja yang terbabit dengan sesuatu kesalahan. Pengisytiharan ini telah ditandatangani oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Engku Datuk Ibrahim Engku Ngah dan Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman dengan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, En. Ghafar Baba. Sesungguhnya pengisytiharan ini telah membuka era baru dalam hubungan raja dan rakyat sekaligus menepati kehendak Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768