Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandar Raya Bersejarah

Pada hari ini dalam tahun 1989, Melaka telah diisytiharkan sebagai Bandar Raya Bersejarah. Pengisytiharan ini telah dilakukan oleh Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Syed Ahmad Tun Syed Shahabudin di Muzium Budaya, Bandar Hilir, Melaka. Keputusan menjadikan Melaka sebagai Bandar Raya Bersejarah telah diiktiraf bukan sahaja oleh Kerajaan Malaysia malah oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO.  Dalam ucapan perasmiannya, Tun Syed Ahmad menyuarakan, pengisytiharan ini amat besar ertinya  kepada Malaysia dan Melaka khususnya kerana ia dapat mengingatkan rakyat mengenai sejarah Negara. Khazanah tinggalan sejarah ini perlu dipelihara dalam memupuk semangat cintakan Negara di hati sanubari generasi masa kini dan akan datang.  Dengan pengisytiharan ini, Melaka akan memasuki era baru dalam membangunkan ekonomi rakyatnya menerusi industri pelancongan khasnya kerana negeri ini kaya dengan tempat-tempat bersejarah yang wujud sejak zaman Kesultanan Melaka.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768