Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pengisytiharan Perjanjian Taiping

 

Pada hari ini dalam tahun 1945, satu perjanjian telah diisytiharkan di Taiping, Perak di antara Dr. Burhanuddin Al Helmy dan Ibrahim Yaakub sebagai pemimpin-pemimpin KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung) dengan pemimpin-pemimpin Kebangsaan Indonesia (Sukarno dan Mohd Hatta). Dr. Burhanuddin bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin politik Melayu dalam KMM telah meperjuangkan cita-cita kemerdekaan Tanah Melayu dan berusaha untuk mencapai kemerdekaan dalam lingkungan Melayu Raya yang meliputi Indonesia dan Tanah Melayu. Oleh itu apabila pendudukan Jepun bermula, Jepun telah menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dan Indonesia bagi memenuhi cita-cita mereka. Pada hari ini pemimpin-pemimpin KRIS telah bertemu dengan Sukarno dan Mohd Hatta di Lapangan Terbang Taiping, Perak semasa dalam perjalanan pulang dari Markas Tentera Jepun Asia Tenggara di Saigon. Sehubungan itu, satu persetujuan telah dicapai bahawa Tanah Melayu akan bersama-sama dengan Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945. Walaubagaimana pun cita-cita untuk membentuk 'Melayu Raya' ini gagal apabila pemerintah tentera Jepun di Tokyo mengisytiharkan bahawa mereka menyerah kalah pada 17 Ogos 1945. 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768