Juga Pada Hari Ini..
-
PERBAHASAN MENGENAI KEDUDUKAN KUASA KETURUNAN BROOKE DI SARAWAK
-
PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN
-
FORUM PERTAMA ASEAN-JEPUN MENGENAI PASARAN GETAH
-
SURUHANJAYA COBBOLD MEMULAKAN TUGAS DI KUCHING
-
Rang Undang-Undang Baru Imigresen Diluluskan
-
Perubahan Nama Pejabat Perhubungan Raya (Jabatan Penerangan)
-
Mesyuarat Pertama Menteri-Menteri Besar Sembilan Buah Negeri Melayu
Peristiwa
PENGISYTIHARAN SHAH ALAM SEBAGAI IBU NEGERI SELANGOR
Pada hari ini dalam tahun 1978, DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah berkenan mengisytiharkan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Nama ‘Shah Alam’ dipilih di atas perkenan baginda. Shah Alam terbit dari nama kedua Almarhum paduka ayahanda DYMM Sultan iaitu Alam Shah. Sebelum tahun 1963, Shah Alam dikenali sebagai Sungai Renggam yang merupakan sebuah ladang kelapa sawit yang terletak di antara Petaling Jaya dan Bandar Diraja Klang serta dihubungkan melalui satu satunya Lebuhraya pada ketika itu iaitu Lebuhraya Persekutuan. Shah Alam dibuka pada tahun 1963 untuk dijadikan pusat pentadbiran Selangor setelah Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Dengan pengisytiharan ini, Shah Alam bukan sahaja menjadi sebuah bandar perindustrian yang lengkap dengan prasarana moden malah menjadi pusat pentadbiran yang unggul bagi negeri Selangor.
Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia