Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pengumuman Pelantikan Gabenor Pulau Pinang Dan Melaka

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1957,  Pelantikan  Gabenor  bagi  negeri  Pulau  Pinang  dan  Melaka  yang  pertama  telah  diumumkan.  Raja  Sir  Uda  bin  Raja  Muhammad,  Speaker  Majlis  Mesyuarat  Undangan  Federal  telah  diumumkan  sebagai  Gabenor  pertama  negeri  Pulau  Pinang.  Manakala  Tuan  Leong  Yew  Koh,  Menteri  Kesihatan  dan  Kebajikan  Masyarakat  Persekutuan  pula  telah  dilantik  sebagai  Gabenor  pertama  bagi  negeri  Melaka.  Pelantikan  ini  telah  dibuat  oleh  Baginda  Queen  Elizabeth  II  dan  Raja-Raja  Melayu  setelah  berunding  dengan  Ketua  Menteri  Persekutuan  Tanah  Melayu,  Tunku  Abdul  Rahman.  Raja  Sir  Uda  bin  Raja  Muhammad memulakan  kerjayanya  dalam  perkhidmatan  awam  dengan  memegang  jawatan  sebagai  pegawai  pentadbir. Beliau  juga  pernah  dilantik  sebagai   Pesuruhjaya  Malaya  di  United  Kingdom.  Tuan  Leong  Keong  pula  berkelulusan  undang-undang  dari  London  dan  merupakan  antara  perintis  kepada  penubuhan MCA  pada  tahun  1949  dan  merupakan  Setiausaha  Agung  MCA  yang  pertama.  Berikutan  dari  pelantikan ini, kedua-kedua Gabenor ini telah melepaskan semua jawatan yang dipegang dan mula menyandang jawatan tersebut selama dua tahun mulai Hari Merdeka iaitu 31 Ogos 1957.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768