Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PEMBENTUKAN LEMBAGA PERUMAHAN PERSEKUTUAN DIUMUM

Pada hari ini dalam tahun 1964, Encik Khaw Kai Boh, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, mengumumkan pembentukan Lembaga Perumahan Persekutuan. Pengumuman ini telah dibuat semasa beliau menggulung perbahasan mengenai peruntukan tambahan bagi Kementeriannya di Dewan Rakyat. Pembentukan Lembaga ini bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan rumah di negara ini. Lembaga ini juga akan memberi perhatian terhadap masalah rumah-rumah murah yang kebanyakannya akan dibina di bandar-bandar besar. Mengenai permohonan rumah-rumah murah, Encik Khaw menjelaskan pembahagian rumah-rumah tersebut adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri dan semua permohonan akan diserahkan kepada jawatankuasa pemilihan yang bertanggungjawab untuk menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan pemilikan tersebut. Dengan adanya Lembaga Perumahan Persekutuan ini, ia diharap dapat mengatasi masalah kekurangan rumah mampu milik terutamanya kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768