Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Jun
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Back

Pengumuman Penubuhan Amanah Saham Negeri Pahang

Pada hari ini dalam tahun 1974, Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak, telah mengumumkan penubuhan Syarikat Amanah Saham Pahang yang akan berjalan serupa dengan Amanah Saham Mara. Penubuhan ini akan membolehkan setiap rakyat Bumiputra negeri itu menyertai bidang perindustrian dan pelaburan. Perdana Menteri telah mengumumkan ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung perwakilan UMNO Bahagian Pahang Selatan di Dewan Bandaran Temerloh. Penubuhan Syarikat Saham itu juga akan menyelaraskan penyertaan Bumiputra Pahang dalam perindustrian balak. Buat permulaan, Kerajaan Pahang telah pun menubuhkan satu syarikat kayu kayan tunggal untuk menjalankan perindustrian membalak di seluruh negeri itu. Syarikat kayu-kayan itu pula akan mempunyai cawangan di seluruh daerah. Kemudiannya apabila syarikat itu telah berkembang ianya akan diserahkan semula kepada rakyat. Tun Perdana Menteri juga menegaskan buat permulaan setiap orang hanya dibenarkan membeli 100 saham saja yang bernilai seringgit setiap satu saham dan setiap orang anak Bumiputra yang lahir di Pahang adalah berhak membeli saham dari amanah saham itu. Sesungguhnya dengan pengumuman penubuhan Amanah Saham Negeri Pahang pada hari ini dalam tahun 1974, Kerajaan Negeri berharap akan dapat melatih anak-anak negeri yang berkelayakan bagi mengambil alih tanggungjawab menguruskan pelaburan amanah saham ini.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768