Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pengumuman Perlantikan Pusaka Bumi Sebagai Agensi Bagi Mendaftar Dan Mengred Kontraktor

Pada hari ini dalam tahun 1983, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam mengumumkan kerajaan bersetuju pada dasarnya menjadikan Pusat Penyelarasan Khidmat Kontraktor-Kontraktor Bumiputera (Pusaka Bumi) sebagai agensi pusat bagi mendaftar dan mengredkan semua kontraktor-kontraktor di negara ini. Pengumuman ini telah dibuat oleh Datuk Musa Hitam dalam sidang akhbar sempena lawatan beliau ke Pusaka Bumi di Bukit Bintang Plaza. Dengan adanya agensi pusat ini kerajaan berharap akan dapat menjalankan kerja-kerja pendaftaran dan pengredan menggunakan komputer. Selain itu kerajaan juga akan dapat mengenalpasti kontraktor-kontraktor yang layak, berpotensi dan yang baik dan buruk.  Pusaka Bumi juga akan bertanggungjawab ke atas membimbing dan mengawal prestasi mereka dan menentukan tahap kejayaan. Diharap dengan adanya agensi pusat ini pembelaan ke atas kontraktor-kontraktor khasnya bumiputera akan dapat dipastikan kemajuan dan faedahnya.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768