Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PENGUMUMAN PEMBINAAN JALAN RAYA MENGHUBUNGKAN PANTAI BARAT DAN PANTAI TIMOR

Pada hari ini dalam tahun 1965, Pemangku Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak Hussein telah mengumumkan untuk melaksanakan satu projek pembinaan jalanraya menghubungkan di antara Pantai Barat dan Pantai Timur. Pengumuman ini dibuat semasa beliau berucap dalam satu rapat umum di Kampung Tanjung Pari, 14 batu dari Baling. Lawatan beliau ke Baling ini adalah untuk menyaksikan projek-projek pembangunan luar bandar di dalam daerah tersebut. Pembinaan jalan raya ini akan bermula dari Butterworth, Pulau Pinang di Pantai Barat melalui Baling, Grik dan terus ke Kelantan di Pantai Timur. Pembinaan lebuh raya ini dijangka akan memberikan faedah yang besar kepada penduduk-penduduk Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan. Dengan terbinanya jalan raya ini kelak, dapat memberikan kemudahan perhubungan yang lebih baik dan selesa kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768