Juga Pada Hari Ini..
-
PERBAHASAN MENGENAI KEDUDUKAN KUASA KETURUNAN BROOKE DI SARAWAK
-
PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN
-
FORUM PERTAMA ASEAN-JEPUN MENGENAI PASARAN GETAH
-
SURUHANJAYA COBBOLD MEMULAKAN TUGAS DI KUCHING
-
Rang Undang-Undang Baru Imigresen Diluluskan
-
Perubahan Nama Pejabat Perhubungan Raya (Jabatan Penerangan)
-
Mesyuarat Pertama Menteri-Menteri Besar Sembilan Buah Negeri Melayu
Peristiwa
RANCANGAN MENGAMBIL ALIH SEKOLAH ORANG ASLI DIUMUM
Pada hari ini dalam tahun 1958, satu pengumuman telah dibuat mengenai rancangan Pejabat Pelajaran Selangor untuk mengambil alih semua sekolah Orang Asli di negeri ini. Sebanyak tujuh buah sekolah orang asli di Negeri Selangor pada masa itu, dikendalikan oleh Jabatan Orang Asli. Sekolah-sekolah tersebut terletak di Kuala Kubu Bharu, Bukit Lanjan, Bukit Bangkong, Tanjong Sepat dan tiga lagi di Pulau Carey. Jabatan Pelajaran Selangor berharap dengan pelaksanaan rancangan itu, sukatan pelajaran akan dapat diselaraskan sama dengan sukatan pelajaran bagi Sekolah Rendah Kebangsaan. Guru-guru Kerajaan akan dihantar bagi menggantikan guru dewasa yang mengajar di sekolah-sekolah tersebut. Sekolah-sekolah ini juga akan dilengkapkan dengan peralatan yang sesuai untuk menarik minat dan menggalakkan anak-anak masyarakat orang Asli rajin ke sekolah. Usaha ini merupakan langkah awal Kerajaan untuk memperkasakan bidang pendidikan dalam kalangan masyarakat orang asli di negara ini.
Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia